Tuesday, July 1, 2008

Kau dan aku, kita hanya sahabat



Kau dan aku, lelaki dan perempuan, hanya bergelar sahabat. Sudah ditakdirkan antara kita hanya ada ikatan persahabatan yang akan berkekalan sepanjang hayat. Di sini hanyalah satu coretan yang tidak punya kaitan dengan sesiapa, tetapi jika terasa maafkanlah aku kerana aku sedang kebosanan di bilik ini maka timbullah cakap – cakap kosong ini.
Sering kali kita mendengar pertanyaan adakah lelaki dan perempuan boleh menjadi sahabat?Sahabat bukan teman mahupun kawan. Sahabat bermakna lebih rapat, berkongsi perasaan dan masalah. Pertanyaan yang terbiar tanpa jawapan yang tepat untuk di beri. Jika yang pernah terlibat di dalam persahabatan ini pasti mengerti apa yang terjadi. Kadangkala tanpa kita sedari, batas persahabatan antara kita sedang melewati garisan pemisah. Samada di pihak lelaki mahupun perempuan, dalam diam tersemai suatu perasaan yang sukar ditafsirkan. Kita mahukan dia tapi kita tak pasti jika dia milik kita adakah sama seperti di dalam alam persahabatan yang lebih indah. Sering kali telinga ini mendengar keluhan dari teman – teman mahupun rakan – rakan yang menginginkan alam persahabatan di antara arjuna kembali. Alam tanpa pergaduhan yang membabitkan emosi yang berat. Tapi itulah risikonya.
Bagaimana pula yang bersahabat sekian lama dan suatu hari kita tersentak mendengar si dia sudah mempunyai seseorang. Sebagai seorang sahabat, seharusnya kita lah paling gembira kerana akhirnya sahabat kita menemui seseorang untuk menemani dirinya. Seseorang yang akan membuatnya tersenyum sepanjang hari.. Itulah seorang sahabat tapi dalam kita gembira, hati pasti kecewa. Kenapa kita yang di depan mata tidak dilihat, yang sentiasa di sisi, ditolak tepi. Setelah pelbagai perasaan bercampur baur, kita akhirnya sendiri sedar walaupun agak sukar akan garis persahabatn antara kita dan dia. Bagi yang terlibat dalam perkara ini, sedarlah siapa kita di sisinya. Dia lebih memerlukan kita sebagai seorang sahabat yang sentiasa memahami keadaannya bukan kekasih.Seharusnya kita rasa lebih bertuah kerana cinta kadang kala tidak kekal lama dan boleh menjadi musuh yang paling kejam. Di dalam persahabatan lelaki dan perempuan, akan ada perasaan terluka, terpulang kepda kita untuk mengawalnya.Kau dan aku, kita hanya sahabat…..

No comments: