Entry neyh aku ambil dari kekanda ku, abg Ijan.....11 tahun dalam kerinduan..yg pergi xkn kembali..
Hari ini Hari untuk orang memperingati Kekasih.... Begitu juga setiap 14/2 pasti meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dilupakan selamanya... perginya seorang yang memberikan segala kekuatan serta idola sepanjang hidupku... Perginya mengadap ilahi Ayahanda Tercinta.....
14/2/1998 - Ayah sudah seminggu terlantar di Hospital Sentosa Kuala Lumpur. Sudah sebulan hanya mampu terbaring menanti ajal menjemput.. Hari ini juga ayah kembali ditempatkan semula ke wad icu......
Pagi 14/2/1998 - seperti biasa tuntutan kelas tetap dipenuhi kerana itulah impian seorang ayah untuk melihat anaknya berjaya... ketika ayang dimasukkan kembali ke ICU ketika itu juga aku sedang bergelut dengan tuntutan kelas pada ketika hanya baper hari lagi untuk final exam.....
Tengah hari 14/2/1998 - segala kelas sudah habis... ketika bersiap untuk pergi ke hospital.. aku menerima kad Valentine dari kekasih hati... selepas semua dating terpaksa dicancelkan layangan kad mendamaikan hati yang gundah gulana.... Tapi itulah kad Valentine terakhir yang aku akan terima.. tiada lagi kad seperti itu selepas ini....
Petang 14/2/1998 - semua ahli keluarga sudah berada dihospital... doktor memaklumkan bahawa ayah tidak dapat diselamatkan lagi akibat paru-paru berdarah. Keika melihat ayah genggaman ayah masih terasa hingga kini... genggaman yang bagai menaruh segala harapan untuk ku pikul selepas ini.... Ahli keluarga bersetuju untuk membawa ayah pulang ketika keluarga memaklum ayah tidak akan bertahan lama selepas bantuan pernafasan ditanggalkan...
Petang 14/2/1998 dirumah - Ayah telah dijemput kembali oleh Yang Maha Esa selepas hampir sejam tiba dirumah... Perginya Ayahanda tercinta, Tanggungjawab baru harus dipikul.... Detik itu pasti akan dikenang selamanya...
Alfatihah Buat Ayahanda Tercinta YAHYA Bin Jamaludin....
6 comments:
takhziah & Al Fathihah untuk Allahyarham
Al Fatihah dear..aku pon ingat lg mase tu kite form 2.be strong ;).aku udah tag kamu.sile buat ;)
slam..takziah ye kak yana...
hope sentiasa sabar dlm menempuhi dugaan...
takhziah & Al Fathihah untuk Allahyarham En. Yahya.
abg ijan ada blog?
xdela..dlm fb dia...
Post a Comment