Wednesday, August 5, 2009

Industrial Project

Tahun 3 sesi 2009/2010, aku kena buat industri projek secara berkumpulan dan akan diselia oleh seorang pensyarah.

Maka pada minggu ke - 3 belajar, koordinator industri projek iaitu Tuan Yusuff Tuan Ya atau lebih dikenali sebagai TYTY (salah seorang pensyarah yang sempoi selain enche Amir Radzi) telah mengarahkan semua pelajar tahun 3 CADCAM/Manufacturing untuk berkumpul. Maka kami semua pun berkumpul lah untuk mendengar taklimat, siapa akan jadi ahli kumpulan dan yang paling mendebarkan siapakah pensyarah yang terpilih untuk menjadi penyelia.

Okay sedang rancak berborak - borak, slide nama kumpulan dan penyelia pun keluar. Tu dia, penyelia aku PROF ZAHARI TAHA, pensyarah yang terkenal dengan ketegasannya dan kedekutan markahnya dan dan lah segalanya.dikenali juga sebagai Killer Lecturer.dush..dush..

Boleh plak budak-budak kelas aku bertepuk - tangan bersorak bagai,hampeh ar korang neyh. Jantung terus berdegup kencang. Terus cari senior yang buat IP under beliau.Owh ye ini adalah nama ahli group aku:
  • Aw Wei En (Leader yang cute dan berkarisma)
  • Tan Choo Koon (Si bijak pandai akan bertindak sebagai Designer)
  • Lim Guey Sheng (Marketing Researcher)
  • Atif Hafifi (Pandai tapi menyembunyikan kepandaiannya-analysis designer)
  • AKu akan bertindak sebagai researcher
Maka , kitorang dengan muka resah, pun mencari tajuk - tajuk yang sesuai untuk dibentang kepada prof.

Maka pada hari Isnin, setelah berulang - alik 2-3 kali ke ofis beliau di awal pagi kerana beliau masuk lepas jam 12,kami pun pegilah jumpa beliau.

Tak sempat nak propose tajuk, dia terus mukadimah dia nak apa, bla,bla,Kitorang pulak kelam -kabut nak mati menyalin apa yang dia cakap.

Balik terus wat research pasal RENEWABLE ENERGY.Okay malaysian, we're moving to renewable energy right now.Kitorang research pasal algae, tidal,wind, solar and wastewater sludge.

HAri nie, hari Rabu,kitorang pun present depan dia.

Bla,bla,bla,bla...lastly he asked, which one u choose?
Proceed...ALGAE telah dipilih sebagai renewable energy yang akan di eksperimentasi...

Next task - adakah algae mampu generated power untuk satu kampung.Berape saiz plant dia?

IP telah membuat aku sangat sibuk~~~
Nak balik pun xde mood tapi minggu nie mesti balik kerna Nurul kahwin.~~

1 comment:

RON said...

Tuan Yusoff mmg sempoi...nanti final year thesis amik bawah die la best..die byk tolong..