Friday, December 10, 2010

25 random things about Cheyaya

Owh..dah lama xmain tag nie kan..bace blog Haryz yang baik hati, dia kata kene buat..perah otak, what is my 25 random things?.Can i just  state all is PRIVATE & CONFIDENTIAL? haha.Ok aku cube, owh sebelum tue this is the rule :

"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you."




  1. I have 3 name which is Yana, Hairol and Hafizan.But orang selalu panggil Yana, sometimes Apis but never Hairol or Hafizan.Poor them...so future mom and dad, jangan bagi nama anak panjang-panjang or merepek, membazir je.Nak kawen nanti susah bakal menantu nak sebut.Simple sudah macam anah buah saya, Nurul Saqinah, NUrul Sumayyah, Nurul Sayiddah, Sofea Mashitah, Seri Nurzahirah...Simple and nice kan?
  2. Tentang nama juga, aku sangat benci time sekolah.Selalu salah sebut nama.Hafizan is my name not my Dad's name.Masa perhimpunan pernah sebut Yanahairol binti Hafizan Yahya.Then pernah juga Yanahairol Hafizan BIN Yahya.Saya perempuan la cikgu.
  3. Addicted to NESCAFE.sangat!!
  4. Pernah menyimpan impian untuk menulis novel.Sangat suka mengkritk novel-novel yang dibaca.Hahaha..sometimes bila baca, eh sama je plot cerita tapi di tempat berbeza, penulis lain.Sangat berharap novel di Malaysia x berkisar pasal hopeless romantic..cinta dua darjat macam hampeh yang diolah macam she is the perfect one..S**T..haha.The best novel pernah baca, MANIKAM KALBU by FAISAL TEHRANI.
  5. Fast reader which is aku boleh habis kan baca dua novel dalam satu hari.Macam mana tak habis dah semua ceritanye sama je.Dah tau jalan cerita.Haha..
  6. Mnyimpan niat untuk belajar mengurut.Mana la tau kan tak leh pursue dalam bidang engineering nie, leh try buka SPA (spa je!!rumah urut xnak?).Owh dan juga untuk bakal suami.Hehehe since I nie tak berapa pandai nak memasak, so kena la ambil alternatif lain tuk memikat hati suami nanti.hehe.
  7. CHEYAYA merupakan gabungan YANA dan YAHYA.CHE tue saja ja gatai nak pakai.
  8. Alamak banyaknye lagi nak di merepek kan..apa yer?Satu hari nanti, saya menyimpan impian untuk menukar penampilan saya.Saya ingin berpurdah menutup segala aurat saya dengan sempurna.Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan impian yang satu ini.Lantaklah orang nak cakap apa.
  9. Merupakan pemain tegar FARMVILLE, CAFEWORLD and SORORITY LIFE.Mari-mari add saya jadi neighbour anda.
  10. Roomate saya cakap saya gile mendownload.Woah..;kadang-kadang saya rasa betul juga, tengah-tengah main game, tetiba saya terdownload lagu ke filem ke satu album ke.Gila pirate la..
  11. Dulu pernah minat Britney Spears..CD dia hampir semua aku ada.Sekarang pun masih minat tapi dah kurang.
  12. Suka dengar lagu lama-lama.Old skool gitu.lagu Melayu lama yang klasik.
  13. Aku pernah menyertai Pasukan Askar Wataniah PUO.Cool kan..hohoho
  14. Masa baru-baru masuk Sekolah Teknik dulu, aku slalu nangis.Homesick.;haha malu je.Padahal bukan jauh pun!!
  15. Pas Sekolah teknik, aku pernah kerja sebagai kerani kat site construction.Pekerja-pekerja dari 'oversea' tue panggil aku Cik pastu masa raya dapat banyak duit raya.;yeah!!!pastu Supervisor2 kat situ selalu suh aku belajar cara baca beam la simen la macam budak-budak civil nie belajar.Kalau sambung civil dulu, kira dah semi - pro la.Hahaha
  16. Then sambung ke Diploma Mekatronik, PUO, Perak.Sangat merindukan momen - momen kat situ.Ramai classmate dah kawin n jadik bapak budak dah.
  17. Dari pandangan aku, perempuan merokok adalah ok je..not a bitch like others think.Kalau lelaki merokok kenapa x kata dia jahat?Cuma akan bagi effect la kat kesihatan and baby nanti.cian baby.
  18. Mempunyai adik beradik lain ibu dan lain ayah.Bukan adik beradik angkat yer.Makne nye lain mak sama bapak dan lain bapak sama mak.Sebab masa mak ngan ayah saya kahwin, diorang dah jadi duda dan ibu tunggal.
  19. Sesiapa keluar meryap dengan aku pasti sesat, biasalah GPS manual nie kadang-kadang lost sikit memory dia.
  20. Aku selalu typo bile menaip.Ntah ape2 bila check balik.
  21. Suka belajar sorang-sorang, kalau berkumpulan mesti aku sembang lebih.Tapi kalau dah prepare, baru ade mood nk belajar group.Maaf ye kawan-kawan yang selalu ajak study sama2.
  22. Jangan ajak saya kahwin sekarang yer kerana aku xde duit nak kahwin dan i'm not ready for a serius comitment.Really, i mean it.
  23. Aku ada aim satu rumah kat Hulu Langat tue, rumah kampung..ooo sangat terpikat!!!mau!!!
  24. Suka sungai daripada laut.Kalau mandi laut, gelap la kulit I yang cerah nie..haha
  25. Oh akhirnya sampai ke penghabisan.....Kalau aku kata Mak n Ayah aku dah meninggal, tolong jangan buat muka simpati or ayat simpati.Sometimes it's annoying and i MEAN it.Thank you.

Dah habis....sape yang kena tag?Siapa yang blog nie dan rajin nak buat.Sekian...

6 comments:

adipokdi said...

" Saya perempuan la cikgu "

yeah kamu mmg pempuan :D

adipokdi said...

sedap apa nama cheyaya :D

adipokdi said...

" berpurdah menutup segala aurat "

amin~ ALLAH bersama dgn org yg memperjuangkn islam didalam dirinya :)

adipokdi said...

wohoho....britney~ ahakz...ganaz akak ye :P

adipokdi said...

wataniah :) wohoho..its cool beb~

ChE YaYA said...

byknye komen kamu pokdi...