Wednesday, May 11, 2011

Pie Jalan-jalan kat KL

10 Mei saya pie jalan-jalan kat Kualu Lumpur sikit.Pie Muzium Tekstil Negara ja..tak jauh mana pun
Muzium Tekstil Negara nie terletak dekat dengan Dataran Merdeka, Pasar Seni dekat ja..center of KL orang kata. Dalam muzium nie ada terbahagi kepada empat galeri. Dua atas dan dua bawah.

Muzium Tekstil Negara
Jalan Sultan Hishamudin
www.jmm.gov.my
9 pagi - 6 petang
MASUK PERCUMA

GALERI POHON BUDI
Pameran tentang sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan.

GALERI PELANGI
Koleksi warisan terpilih serta kepelbagaian dan perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman, benang emas dan manik - manik serta koleksi tekstil Sarawak dan Sabah.

GALERI TELUK BERANTAI
Mempamerkan kekayaan, kehalusan, dan keindahan koleksi warisan Melayu dan pelbagai jenis busana.

GALERI RATNA SARI
Koleksi barang kemas dan perhiasan diri.

Enjoy gambar...



Cap Batik (ini patung ye)


Baju Kebaya



No comments: