Friday, February 3, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Tau apa perkara yang paling disesalkn,Langgan Astro First tuk tengok Ombak Rindu.Damn..cter ntah hape.Macam ape ntah..dan aku tak faham kenapa orang boleh pegi tengok banyak kali kat wayang.Mungkin untuk puaskan hati sebab cter mcm terlompat-terlompat kalau tgk banyak kali mungkin boleh tau ada scene yang terlepas ke.Tak pun nak tengok Aaron Aziz.Derr...

Okaylah berbalik kepada Hafalan Shalat Delisa filem Indonesia yang diangkat daripada novel Tere Liye karya Habiburrahman, okay masa tengok trailer dia eh cter nie kena tengok nie.Tak perlu tanya orang dah dan tanpa ragu-ragu.Lagi-lagi pulak ha ko ada Reza Rahadian!homaiiii

Cerita nie berkisar pada seorang gadis kecil bernama Delisa yang kehilangan ibu dan tiga kakaknya semasa tsunami yang melanda Aceh dahulu. Delisa begitu positif dalam menghadapi bencana ini dan sampai satu masa dia juga breakdown.Tapi sekejap sahaja.Kagum gile weh..dahlah kaki patah dia ceria je...

Hafalan Shalat Delisa juga tidak ada lagu tema yang mendayu-dayu tetapi diiringi dengan zikir dan puji-pujian kepada Allah dan Rasul sahaja. Walaupun kesan visual semasa berlakunya tsunami tidaklah berapa menjadi tetapi lakonan mantap pelakon cilik,Chantiq Schagerl sebagai Delisa, Reza sebagai abinya, Nirina sebagai Ummu serta pelakon-pelakon lain telah menyebabkan segalanya diabaikan.Lakonan mereka sangat meruntun jiwa dan-dan je air mata ko mengalir.


Moralnya daripada kisah ini betapa pentingnya solat itu dijaga dan positifla walau apa pun yang terjadi.
See, kisah dari novel menjadi filem pun hebat jugak kan...tak perlu terlompat-lompat ceitanya kan...

2 comments:

NURUL NADIA ROSLAN said...

haritu ada tengok trailer. dah keluar ke cite ni?? tengok trailer pon dah nak nangis broo

ChE YaYA said...

tengok kat astro first...best!!