Wednesday, February 25, 2009

Rindunya..

Semalam saya berbual dengan teman - teman dari Poli melalui YM iaitu Kak Long Syuhada (teman serumah) dan Nasril (teman sekelas).Ah rindunya pada mereka.
Kak Long Syuhada merupakan pemegang Sjil danDiploma Penyejukan dan Penyamanan Udara dari PUO dan sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di KUITHHO.Rindunya saya pada Kak Long yang saya anggap seperti akak saya sendiri.Yang banyak memberi nasihat dan teguran sepanjang saya serumah dengannya.Umurnya sebaya saja dan semalam dia masih memberi nasihat tentang pelajaran yang semakin saya abaikan.Kak Long,pakwemu si Fahmi saya sering jumpa di Mid Valley neyh!

Mohd Nasril pula merupakan pemegangDiploma Kejuruteraan Mekatronik dan berasal dari Perak.Sedang bekerja. Dahulu kami gelarkannya Otai kerna di tempat asalnya banyak Mat Rempit.Rindunya saya pada kalian semua.

Saya begitu merindui zaman saya di Politeknik. Kadang kala saya masih terasa akan suasana di sana, di saat keluar dari kelas,melalui kaki limanyaudaranya..melihat budak - budak kapal yang berjalan dengan gah nya.Rindunya saya pada suasana itu.

Rumah sewa saya dulu bernombor 7, Jalan Cempaka Sari 13, Taman Cempaka,Ipoh.Dekat dengan masjid,jalan kaki ke kelas pun tak sampai 10 minit.Hampir dengan pusat membeli belah makanan..Ya, kawasan itu memang kawasan pelajar politeknik. Saya rindu dengan gerai RM2 dimana saya boleh ambil nasi dan lauk banyak - banyak dengan harga RM2 sahaja.Saya rindu untuk menyapa pakcik penjual kuih.4 kuih RM1.Saya rindu untuk ke benteng di sebelah malam.Saya rindu untuk menyapa jiran - jiran sebelah saya iaitu uncle yang selalu tebaskan rumput di belakang rumah kami.Saya rindukan kuew teow tomyam Cik Ani.Saya rindukan kentang di gerai rumah besar.Saya rindukan nasi lemaknya.

Saya rindukan untuk pergi ke cyber cafe di sana. Kakak tu pun dah kenal dengan saya.RM1.50 untuk sejam.Saya rindukan segala-segalanya di Ipoh itu.Jalan di bandarnya yang sehala sahaja.Padang Polonya, Medan Gopeng, Medan Kidd..ah kenangan

Saya merindui teman - teman serumah saya. Zaihasrin yang tinggi lampai, Dayah budak PPU yang chantek sangat dan nak kawin dah,Dayah dak account integrasi sama ngan ZAhida, Sue mata coco senior saya yang sangat chantek, Zalia,Sarah,Hani, Lia,Ruby...mereka semuanya sangat baik..ouh saya rindukan kalian.

Teman - teman sekelas, maaf jarang hubungi kalian.Thankz to Ijad yang selalu contact saya.Nanti saya senang saya arrangekan reunion.Baru 3 tahun,kita bagi masa 5 tahun k...

SAYA RINDUKAN KORANG!!

4 comments:

ain fathihah fhm said...

laaa, ingatkan rindu kat i..
hehe

ChE YaYA said...

hahhaa..tak mau..tak mau..

ynf said...

aku? tak rindu ke?

ChE YaYA said...

hahahaha...of course lah...balik la wei!!!uangmu dah beribu..