Monday, May 4, 2009

Bukit Kepong, Leftenan Adnan dan Abang

Filem Bukit Kepong yang diarahkan oleh Datuk' Jins Shamsuddin dan diterbitkan pada tahun 1981 adalah filem patriot yang menjadi kegemaran aku. Malahan aku takkan jemu untuk menonton filem ini berulang - ulang kali.

Semasa tingkatan 5, ada dua novel yang menjadi pilihan iaitu Julia (kalau tak silap) dan Bukit Kepong. Walaupun kebanyakkan orang memilih Julia kerana cerita yang biasa tapi aku memilih novel Bukit Kepong. Walaupun banyak fakta tapi novel ini lebih senang aku ingati dan faham. Mungkin kerna ianya benar - benar berlaku dan kalau kita hayati perjuangan mereka, airmata kita pasti mengalir.

Berikut adalah antara sejarah Bukit Kepong :

Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada 23 Februari seawal jam 5 pagi antara pihak Polis dan Parti Komunis Malaya. Kejadian ini mengambil tempat di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong yang terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor.,

Dalam kejadian tersebut, 17 anggota telah terkorban. Malahan dua isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata untuk sama-sama berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban.

Selanjutnya di sini : Bukit Kepong

Wahai anak muda masa kini, yang lebih cerdik, yang kononnya lebih lantang bersuara, yang kononnya mahu lebih kebebasan, yang kononnya merdeka, nilailah diri anda semula..

Apa lantangnya?
Apa bebasnya?
Apa merdekanya?

Fizikal kah? Minda kah?
Pejam mata dan bayangkan kamu di tempat mereka...

LEFTENAN ADNAN
Filem ini telah diarahkan oleh Aziz M. Osman dan ditayangkan pada 31 Ogos 2ooo.
Ini pun filem patriot yang menarik walaupun elemen cintan banyak dia awal-awal tue.
Adnan bin Saidi dilahirkan di Sg. Ramal, Kajang (org Kajang ohoi) dan kalau kamu pergi ke sana ade sebuah sekolah dinamakan atas nama beliau.
Aku ingat aku pergi menonton sebanyak dua kali di pawagam.Jangan main-main.
Masa tue pawagam kat Kompleks Metro Kajang tak lah seteruk sekarang. Masih okay.
Full house beb. Yelah perwira dari Kajang katakan. Masa part awal - awal, keluar nama Sg Ramal, Kajang, wah bersorak diorang dan yang pasti, orang - orang muda tue.

Untuk lanjutan sejarah:Adnan Saidi dan Lt Adnan di Singapura

Abang(1981)

Filem Abang yang ditayangkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh Dato' Rahim Razali.
Aku sangat kagum dengan skrip di dalam filem ini.Wau!
Keindahan bahasanya(bukan mendayu - dayu ok) agak sukar untuk ada pada filem - filem yang ada pada zaman kini.Kadang kala membuat kita terfikir panjang.
Lakonan memang mantap ar..lagi - lagi si Farid tue lakonan Ahmad Tarmimi Siregar.Aiyak..kau sangat jahat!
Owh fesyen rambut Norkumalasari (ok aku gelak sepanjang tengok filem nie..sorry)
Secara keseluruhan, memang best dan mantap!

2 comments:

afifisa said...

ala.... letak la gambar noorkumalasari tu
nak gelak jugak
(kui3.. jahatnyer)...

ko ni bagus r yana
banyak perubahan dr segi isi dlm blog ko ni
bagus utk minda dan rohani aku

nnti aku lak wat blog

ChE YaYA said...

xbley..ko cr sendiri la filem nie..
kat youtube ade..ingat abang 1981 bukan 1992..yg tue azhar sulaiman berlakon.

ok.aku tunggu blog ko..