Tuesday, May 5, 2009

Selepas Exam

Selain aktiviti mengemas, aku menonton filem lagi di Youtube...ngeh..ngeh..ngeh.Filem lama - lama je..

Filem pertama adalah Lanchang Kuning

Lanchang kuning, lanchang kuning..belayar malam,belayar malam.(nyanyi sikit kawan2!)
Filem ini diarahkan oleh M. Amin dan dilakonkan oleh Nordin Ahmad, Latifah Omar, Roseyatimah(saya suka dia!),Yusoff Latiff, Haji Arsyad , Siti Tanjung Perak dan lain - lain.

Owh..filem yang agak touching. Ego Panglima Ali tercalar apabila Telani menolak peminangannya dan menerima Panglima Alang Yahya. Di dalam kisah ini, kononnya apabila Lanchang Kuning memerlukan korban sebelum belayar.

Sebelum itu Sultan telah memerintahkan Panglima Alang Yahya untuk belayar dan meninggalkan Telani di kampung. Panglima Ali mengambil peluang ini dengan mengatakan bahawa Lanchang Kuning memerlukan korban perempuan bunting sulung dan memlih Telani tanpa pengetahuan Sultan.

Sedih gile lagi - lagi part Panglima Alang Yahya pulang membawa sebutir telur penyu untuk isteri tersayang tapi isteri dia dah tiada.huhuhuhu..

1 comment:

acik ayu said...

salam.

che yaya.

akak dh tampal url blog kamu!

[senior sek jalil]