Thursday, July 9, 2009

Ko - k itu Kokurikulum

Baiklah..setelah hampir seminggu kat UM.Kelas pun ada yang tak ada.
Aku drop subjek EL iaitu Seni Busana dan Rias Melayu.Bosan pulak sorang-sorang.Dahlah kelas jauh di hujung dunia kat APM nun.So drop la..mungkin akan amik subjek Statik.
Kat sini nak cerita pasal subjek KO-K yang aku amik..(excited neyh)..hehehe
Aku amik Asas Alat Muzik Untuk Wayang Kulit Kelantan.Isnin hari tue dah start kelas kenal - mengenal antara satu sama lain.


Owh..bunga dia atas lah bunga Lili..chantek bukan?
SUbjek ini di ajar oleh En. Lili Rohami.Heh..
Dia adalah seorang lelaki.Ye..lelaki.Seorang tutor juga di ASWARA.Dia sangat hebat sebab dia lagi muda dari aku!!!Baru 22 tahun.

Masa kelas Isnin(owh internet kat kolej takde,itu yg baru update blog), dia bagilah pengenalan sikit - sikit tentang wayang kulit.

Kami tak akan belajar tentang penceritaan tetapi belajar alat musiknya sahaja.
(bersabarlah Elyas..nanti ko apply jadi tok dalang kat tempat laen ok?)

Wayang kulit di Malaysia ada 5 :
  1. Wayang Kulit Kelantan - dimainkan oleh masyarakat Kelantan dan durasi untuk bermain boleh mengambil masa selama sehari lamanya.Dialeknya adalah dialek Kelantan.
  2. Wayang Kulit Siam - dimainkan oleh masyarakat Siam. Dialeknya lebih pekat.
  3. Wayang Kulit Gedek - dimainkan oleh masyarakat Kedah dan menggunakan dialek Utara. Berasal dari Selatan Thailand
  4. Wayang Kulit Pruwo - dimainkan oleh masyarat Johor (Jawa).
  5. Wayang Kulit Melayu-campuran Siam dan Jawa.
Penceritaannya pula terbahagi dua iaitu cerita pokok dan cerita ranting.
Cerita pokok adalah cerita yang betul - betul mengikut sejarah iaitu Ramayana dan Mahabrata.
Cerita ranting pula ada kisah yang berlaku sekarang.

Next week..dah mula maen alat muzik agaknya..
Nanti sape rajin leh datang Pesta Ko-K,tengok kitorang wat persembahan...
heeee....

6 comments:

kEy said...
This comment has been removed by the author.
kEy said...

cheya~

kal0 bunga melati cmne plak ek?
lagi teringin nak tgk!

ChE YaYA said...

hehehe...xde cikgu nama melati...

QueenBz said...

ohhh...best jugak ae KO-Q camniee..
kalo ade bab2 nyanyi mesti aku yg 1st nak joinggg..haha..
tapi dulu aku idup ngan life askar,xleh nak join sgt.. =)

apepon,gudlark kak chik!

ChE YaYA said...

to balkhiz:
Ko-k lah masa tuk merelease tensen...

afifisa said...

nnti time pesta ko-k, roger aku ok
aku nk tgk