Friday, February 5, 2010

Kawen Awal Yuk!!!

Hahaha..sungguh tak kena title tue dengan diri aku skang.I'm now middle 20 not in early 20 anymore..sigh...tetapi masih tak terlambat untuk ber akad nikah.

Kahwin awal,sememangnya ada pro dan kontra nya.Aku tak mau cakap pasal tue,segalanya terserah pada diri sendiri.Jika sudah bersedia fizikal dan mental untuk masuk ke dunia lain, go on.Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Aku tak tau kenapa ada sesetengah pandangan orang bila melihat pasangan muda ingin berkahwin awal, ayat yang terkeluar "Dah gatal budak - budak neyh..."

Kenapa?

Gatalkah jika si uda mengucup si dara dalam hubungan yang halal?
Salahkah si uda menggenggam tangan si dara dalam hubungan yang sah?
Canggung kan si uda memeluk si dara dengan penuh kasih setelah berakad?

Pahala setelah berkahwin memang banyak terutama bagi sang isteri. Jalan mudah untuk ke syurga.Apatah lagi bila solat berjemaah sahaja dengan sang suami, pahalanya berlipat ganda.
Sungguh puas hati jika berhias di depan sang suami tersayang sahaja.

Sepatutnya gatal itu begini:
Si uda dan si dara keluar dari pagi sampai tengah malam tanpa sebarang ikatan yang sah.
Berpegangan tangan, peluk sana sini, naik motor bersama -sama, amik gambar bersama duk tangkap lentok...

Itulah yang sepatutnye...perkataan gatal patut di gunakan

Bukannya ketika si dara terfikir untuk berkahwin, merencana masa depan bersama yang tersayang dalam hubungan yang halal..

Aku ingin sekali berkahwin awal.Malahan aku sangat mengagumi mereka yang berkahwin awal.How they get matured dan melepaskan masa remaja tanpa penuh sesal.Setel down untuk perkara yang baik..

Tapi aku masih belum mampu dari segi kewangan.Ya itu adalah satu faktor yang harus difikirkan.Hidup bukan sekadar berteraskan chenta, faktor kewangan juga penting..

Kepada pasangan muda yang kahwin awal especially my busyuk, I just adore u so much....

No comments: