Friday, December 10, 2010

Menjawab soklan

sekali haryz yang baik hati telah memberi assignment tuk dibuat..yeah..mari kita lihat!!


1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?

Hot ke nyah?haha..terbakar x duk sebelah aku?kalau ye aku hot la tue

2. Update Wallpaper Anda Guna Sekarang

 3. Cerita Pasal Gambar Ini?
Konon-konon nak amek mood winter kan..sebelum nie gambar Audrey Hepburn,seram plak, Auntie Audrey asyik renung aku.

4. Kali Terakhir Makan Pizza?
Pizza?pizza seringgit pun kira kan?rasa dah lama x makan.

5. Lagu Terakhir Anda Dengar?
Gerimis di Lautan by Sudirman

6. Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag Ini?
Main SMS, tunggu adik manja bangun, minum oat, facebook

7. Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Dengan Nama Apa?
Kak Yaya

8. Tag Lagi 5 Orang
*Elyas Ariff
*Fawiz 
*Feat..ko dah lame xde entry kan.ha amek neyh
*Lah..walaupun xtau blog,tapi kena buat!
*Ayed

9. Siapa Orang No. 1 Dengan Anda?
Classmates UM yang genius dan ada awek cun

10. Katakan Sesuatu Pada Orang No. 5
Ayed, u're the best!

11. No. 3 Ada Hubungan Dengan Sape?
Apis Cheng yang dah boroi

12. Bagaimana Pula Dengan No. 2?
alamak saya xtau la gosip di UPSI tue camne.Rasa cam xde

13. Kata2 Cinta Pada Orang No. 4?
Haq, sila bawak balik hadiah dari Taiwan tuk aku.haha

14. Berikan 4 Fakta Yang Anda Tahu Tentang Orang Yang Anda Tag?
Elyas:seorang baik hati dan sgt pandai..study smart 
Fawiz: dak UPSI,debater yang hebat
Feat : orang Sarawak
Lah : Mulut laser yang berangan nak pakai baju saiz S
Ayed : classmates yg sgt hebat.Pernah menjadi Pengerusi kolej 12

Sekian.;hehe

25 random things about Cheyaya

Owh..dah lama xmain tag nie kan..bace blog Haryz yang baik hati, dia kata kene buat..perah otak, what is my 25 random things?.Can i just  state all is PRIVATE & CONFIDENTIAL? haha.Ok aku cube, owh sebelum tue this is the rule :

"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you."




  1. I have 3 name which is Yana, Hairol and Hafizan.But orang selalu panggil Yana, sometimes Apis but never Hairol or Hafizan.Poor them...so future mom and dad, jangan bagi nama anak panjang-panjang or merepek, membazir je.Nak kawen nanti susah bakal menantu nak sebut.Simple sudah macam anah buah saya, Nurul Saqinah, NUrul Sumayyah, Nurul Sayiddah, Sofea Mashitah, Seri Nurzahirah...Simple and nice kan?
  2. Tentang nama juga, aku sangat benci time sekolah.Selalu salah sebut nama.Hafizan is my name not my Dad's name.Masa perhimpunan pernah sebut Yanahairol binti Hafizan Yahya.Then pernah juga Yanahairol Hafizan BIN Yahya.Saya perempuan la cikgu.
  3. Addicted to NESCAFE.sangat!!
  4. Pernah menyimpan impian untuk menulis novel.Sangat suka mengkritk novel-novel yang dibaca.Hahaha..sometimes bila baca, eh sama je plot cerita tapi di tempat berbeza, penulis lain.Sangat berharap novel di Malaysia x berkisar pasal hopeless romantic..cinta dua darjat macam hampeh yang diolah macam she is the perfect one..S**T..haha.The best novel pernah baca, MANIKAM KALBU by FAISAL TEHRANI.
  5. Fast reader which is aku boleh habis kan baca dua novel dalam satu hari.Macam mana tak habis dah semua ceritanye sama je.Dah tau jalan cerita.Haha..
  6. Mnyimpan niat untuk belajar mengurut.Mana la tau kan tak leh pursue dalam bidang engineering nie, leh try buka SPA (spa je!!rumah urut xnak?).Owh dan juga untuk bakal suami.Hehehe since I nie tak berapa pandai nak memasak, so kena la ambil alternatif lain tuk memikat hati suami nanti.hehe.
  7. CHEYAYA merupakan gabungan YANA dan YAHYA.CHE tue saja ja gatai nak pakai.
  8. Alamak banyaknye lagi nak di merepek kan..apa yer?Satu hari nanti, saya menyimpan impian untuk menukar penampilan saya.Saya ingin berpurdah menutup segala aurat saya dengan sempurna.Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan impian yang satu ini.Lantaklah orang nak cakap apa.
  9. Merupakan pemain tegar FARMVILLE, CAFEWORLD and SORORITY LIFE.Mari-mari add saya jadi neighbour anda.
  10. Roomate saya cakap saya gile mendownload.Woah..;kadang-kadang saya rasa betul juga, tengah-tengah main game, tetiba saya terdownload lagu ke filem ke satu album ke.Gila pirate la..
  11. Dulu pernah minat Britney Spears..CD dia hampir semua aku ada.Sekarang pun masih minat tapi dah kurang.
  12. Suka dengar lagu lama-lama.Old skool gitu.lagu Melayu lama yang klasik.
  13. Aku pernah menyertai Pasukan Askar Wataniah PUO.Cool kan..hohoho
  14. Masa baru-baru masuk Sekolah Teknik dulu, aku slalu nangis.Homesick.;haha malu je.Padahal bukan jauh pun!!
  15. Pas Sekolah teknik, aku pernah kerja sebagai kerani kat site construction.Pekerja-pekerja dari 'oversea' tue panggil aku Cik pastu masa raya dapat banyak duit raya.;yeah!!!pastu Supervisor2 kat situ selalu suh aku belajar cara baca beam la simen la macam budak-budak civil nie belajar.Kalau sambung civil dulu, kira dah semi - pro la.Hahaha
  16. Then sambung ke Diploma Mekatronik, PUO, Perak.Sangat merindukan momen - momen kat situ.Ramai classmate dah kawin n jadik bapak budak dah.
  17. Dari pandangan aku, perempuan merokok adalah ok je..not a bitch like others think.Kalau lelaki merokok kenapa x kata dia jahat?Cuma akan bagi effect la kat kesihatan and baby nanti.cian baby.
  18. Mempunyai adik beradik lain ibu dan lain ayah.Bukan adik beradik angkat yer.Makne nye lain mak sama bapak dan lain bapak sama mak.Sebab masa mak ngan ayah saya kahwin, diorang dah jadi duda dan ibu tunggal.
  19. Sesiapa keluar meryap dengan aku pasti sesat, biasalah GPS manual nie kadang-kadang lost sikit memory dia.
  20. Aku selalu typo bile menaip.Ntah ape2 bila check balik.
  21. Suka belajar sorang-sorang, kalau berkumpulan mesti aku sembang lebih.Tapi kalau dah prepare, baru ade mood nk belajar group.Maaf ye kawan-kawan yang selalu ajak study sama2.
  22. Jangan ajak saya kahwin sekarang yer kerana aku xde duit nak kahwin dan i'm not ready for a serius comitment.Really, i mean it.
  23. Aku ada aim satu rumah kat Hulu Langat tue, rumah kampung..ooo sangat terpikat!!!mau!!!
  24. Suka sungai daripada laut.Kalau mandi laut, gelap la kulit I yang cerah nie..haha
  25. Oh akhirnya sampai ke penghabisan.....Kalau aku kata Mak n Ayah aku dah meninggal, tolong jangan buat muka simpati or ayat simpati.Sometimes it's annoying and i MEAN it.Thank you.

Dah habis....sape yang kena tag?Siapa yang blog nie dan rajin nak buat.Sekian...

Thursday, December 9, 2010

10 hari lagi

10 hari lagi 19 Disember..
10 hari lagi dah 25 tahun hihihi...dah besar dah....dah DUA PULUH LIMA TAHUN..wow!!!
 Boleh x buat wishlist?Boleh la kan..nak berangan jap....

Tada...ini wishlist saya.Nak buku neyh nk praktis mengurut..seronok tau.Hari tue terjumpa kat Borders tapi takde duit plak nak beli...

Ada gak yang lain cam berangan nak Ipod Touch, External Hardisk yang comel dan byte yang teramat besar,tapi tak pelah...berangan je lebih..hehehe

Happy Holiday!!dah habis exam..tesis plak...!!

Thursday, December 2, 2010

Depressed..

Peperiksaan tahun nie amat depressed disebabkan tarikh nye yang berderet dan soalan cam ___________

29 Nov 2010
Statik - 11.30 pagi
6 soalan dan pilih 4
Part A - 2 soalan wajib jawab and guess what daripada 2 soklan tue aku jawab satu je..satu lagi aku terpinga - pinga cam orang bodoh sebab xpernah tengok.
Part B - Ok lah jugak..not bad

30 Nov 2010
DFMA - 3.00 ptg
5 soalan dan pilih 3
Ehh sikitnye buat soalan..
Damn Gambarajah tu buat DFA sangat mengelirukan..

1 Dis 2010
Metal Working - 8.30 pagi
Paper yang aku breakdown rase nak giler...
DIE la...bak kata Aina Zafyra
Aku rasa aku salah tulis tarikh la kat depan kertas jawapan

2 Dis 2010
ODE - 11.30 pagi
Okay paper neyh memang mcm haram
Buat past year aku dah yakin leh jawab
Walaupun selalu memonteng kelas dia
Sekali aiyak...kena panahan tepat di hati..soalan susah
Sampai otai ODE pun cakap hancuq la...

Sekian..rehat kejap sementara menunggu paper terakhir 9 Dis....PPA

2