Wednesday, December 14, 2011

Perkara yang annoying bila naik public transport

  1. Ko telek orang lama-lama macam orang tue ada salah ngan ko.
  2. Bas dah la penuh, pastu ko boleh masuk gelak tergedik-gedik, langgar orang sana-sini.
  3. Dalam bas RapidKL, ade dua tempat duduk biru belakang pemandu, korang tau tak tempat tue untuk sorang je duduk.Khas tuk ibu mengandung, orang tua or kanak-kanak.Yang korang duk berhimpit berdua tue pehal?
  4. Sila tekan loceng sekali sahaja.Ko hengat kalau tekan banyak kali bas tue boleh berhenti tiba-tiba?
  5. Bercakap macam sorang duk depan sorang duk belakang.Padahal ko duk sebelah-menyebelah je.
  6. Coach WANITA KTM adalah untuk wanita sahaja.Kalau ko bercouple tak payahla gedik-gedik nak tarik couple ko masuk coach wanita jugak.
  7. Kalau nampak kanak-kanak tue bagila duduk..sian depa
  8. Ada lagi?nanti akan difikirkan....daaa

No comments: