Friday, January 27, 2012

Childhood Memory

Semalam, 26 Jan, aku, abang aku, kakak aku beserta anak-anak buah yang kecoh berjalan-jalan dengan kereta abang aku.Kitorang pergi sampai ke hujung negeri Selangor, tempat tinggal aku masa kecik-kecik iaitu Pangsun.Seperti biasa kitorng akan pergi sampai ke pintu masuk empangan hulu langat.

Dulu masa aku kecik-kecik, kitorang selalu gak naik ke atas.Berjoging, saja-saja naik atas.Tengok pemandangan yang chantekk...masa zaman kegemilangan LLN (Lembaga Letrik Negara).Malahan masa aku belum lahir mak bapak aku duk kuarters kat atas, aku yang tak merasa, duk kuarters bawah ja.Kat atas tue memamng heaven la bagi aku.Akak aku siap bercerita dulu dia berakit dengan ayah dan abang aku kat empangan tue.Der jeles okayh! Then kitorng pindah masa aku umur 9 tahun sebab ayah bersara dan still kitorng sayang kat Pangsun.Aku tak tahu zaman bile dia tutup pintu masuk empangan kepada orang awam.

Bertuahnya, bila kitorang pergi semalam, pintu terbuka pastu abang ngan akak aku sibuk2 suh tanya pakcik guard, suh kasi masuk.Aku tanya dan berjaya wei! Dia kata 5 minit je dan tak boleh ambil gambar.Okayh!!i'm super excited!

Masuk je pintu dengar bunyi dari tangki proses ape ntah, dan terus teringat owh ini bunyi sama je dari aku kecik.sangat nostalgia!Naik atas mulakah semua mulut pot pet..jalan dah kecikla, pesal rasa rendah bagai..padahal ko dah besar nok!hahaha..pastu pergi naik kete...sampai atas punyelah excited, siap buka tingkap kuarkan muka..so freshhhhhh.tetiba tettt..ade orang merendek plak..pehal ko peluk-peluk kat atas ney...

Ramai kat atas orang-orang asli memancing, memang ini tempat diorang dari kecil pun.tengok rumah rehat dia yang dulu pernah ada konsert bagai, sad..dah teruk.But overall, puas hati sangat berjaya naik atas.Selama ni pergi tengok je pintu pagar tue.

P/S: sebenarnya ada je jalan lain tapi jalan lain tue kene meredah hape bagai kan,haha PEMALAS ko ni nyah!

1 comment:

chiqalisya said...

like2... old memory..!! epic!